Nadi 2u – Kelas Asas Ict, Resume, Temuduga & Pencarian Pekerjaan Dalam Talian
9 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mei 2025 - Khamis, bermula jam 11.00 pagi sehingga 12.30 tengahari, NADI Sebandi Ulu telah menyediakan slot NADI 2U dengan mengadakan Kelas ICT, Resume, Temuduga & Pencarian Pekerjaan Dalam Talian. Peserta yang merupakan lepasan SPM telah berjaya menghadirkan diri beberapa kali ke NADI Sebandi Ulu dengan siri pembelajaran yang berbeza mengenai komputer dan peluang pekerjaan. Petugas NADI Sebandi Ulu tidak keberatan untuk membimbing peserta ini untuk terus mempelajari ilmu pekerjaan sekaligus menambah kebolehan beliau sebelum menghadapi dunia pekerjaan. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutamanya golongan belia lepasan SPM.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Penerangan Asas ICT & portal pekerjaan
• Penerangan sumber rujukan
• Perbincangan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: